Wednesday, April 8, 2009


Di dalam lencana ini, puncak kejayaan yang digambarkan oleh lambang obor yang di anggap suluh untuk seseorang mencapai kegemilangan. Kegemilangan adalah semangat yang sentiasa berkobar-kobar.

Lambang buku yang dilengkong oleh bulatan di dalam lencana ini memberi makna bahawa SMKTM(1) merupakan sebuah gedung ilmu dan maklumat.

Lingkaran padi yang merangkumi bulatan buku merupakan lambang latar belakang kedudukan sekolah di Kelantan yang hidup subur dan berpotensi untuk berkembang maju.

Dua warna asas mencorakkan warna lencana sekolah iaitu merah dan kuning. Merah melambangkan kegigihan untuk mencapai kejayaan manakala kuning melambangkan hasil perjuangan dan kecemerlangan sekolah boleh dicapai melalui kegigihan usaha.

Bendera sekolah ini berwarna merah dan kuning. Warna merah membawa erti semangat perjuangan yang gigih dan berani dalam menghadapi sebarang cabaran. Warna kuning membawa makna tersirat hasil perjuangan berkat ketaatan dan patuh kepada segala disiplin dan peraturan sekolah. Ketaatan dan kepatuhan pasti akan membuahkan kecemerlangan. Bendera sekolah akan dinaikkan sewaktu perhimpunan mingguan diadakan.

Profile Sekolah

PENGENALAN SEKOLAH


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH
MERAH 1 (SMKTM 1)

ALAMAT : JALAN ISMAIL PETRA, 17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.

KOD SEKOLAH : DEA 5417

NO. TELEFON : 09-9556167

NO.FAX : 09-9553551


SENARAI NAMA PENTADBIR

BIL NAMA JAWATAN
1. HJH.NORLIN @ NORIAH BINTI IDRIS PENGETUA
2. TN.HJ.HAMAT BIN ZAKARIA PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN(PK1)
3. TN.HJ.IBRAHIM BIN CHE SULAIMAN PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID
4 Tiada PENOLONG KANAN
KO-KURIKULUM
5. TN.HJ.ABD.RAZAK BIN MAMAT PENYELIA PETANG
6. HJH.BADARIAH BT MOHD NOOR GURU KANAN SAINS
DAN MATEMATIK
7. EN.ABDUL MUBIN BIN RASHID GURU KANAN
BAHASA
8. EN.THEY YU KHAI GURU KANAN SAINS
SOSIAL
9. EN. KAMARUDIN SAMAD GURU KANAN TEKNIK
DAN VOKASIONAL


Misi

Mencapai Kecemerlangan Dan Hasil Kerja
Berkualiti Bertaraf Dunia Menjelang 2015



Visi

Guru Mengajar, Murid Belajar Dan Terdidik
Pemastian Proses Dan Hasil Kerja Berkualiti
Kejujuran Dan Dedikasi Asas Inspirasi
Refleksi Dan Muhasabah Pendorong Inovasi
Organisasi Ini Adalah Amanah Dan Milik Kami



Piagam Pelanggan
Kami Berjanji Akan Bekerjasama,Menerima Idea Dan Pandangan Membina Serta Bertindak Segera Untuk Kepuasan Pelangan.

Kami Berjanji Akan Mendidik,Membimbing Dan Memberi Perangsang Kepada Para Pelajar Kami Dengan Penuh Tanggungjawab, Dedikasi Dan Kasih Mesra Sepanjang Masa.

Kami Berjanji Akan Bekerjasama Melaksanakan Segala Arahan Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah/Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Secara Bijaksana,Cemerlang,Inovatif Dan Kreatif Dengan Secepat Mungkin.

Kami Berjanji Sentiasa Boleh Dihubungi,Memberi Kerjasama,Menerima Pandangan Dan Cadangan Serta Menyampaikan Maklumat Terkini Dengan Mesra Kepada Ibu Bapa Demi Kecemerlangan Pelajar.

Kami Berjanji Sentiasa Memberi Sepenuh Kerjasama Dan Layanan Terbaik Dengan Pantas Kepada Semua Agensi Yang Berurusan Dengan Sekolah ini.



Lagu Sekolah

USAHA JAYA

Sekolah Menengah Tanah Merah,

Jadi kebanggaan kami,

Di sini tempat kami semua,

Mencari ilmu dan berbakti.


Lihat masa depan yang mencabar,

Kita harus berusaha,

Bekerjasama, berpadu tenaga,

Demi nusa dan bangsa.


Peraturan sekolah mestilah dipatuhi,

Guru harus dihormati,

Usaha jaya itu pegangan kita,

Bersama kita hayati.


Pada Yang Esa dipohonkan,

Rahmat serta petunjuk,

Selamatkanlah sekolah kami,

Moga damai abadi

Tuesday, April 7, 2009

Monday, April 6, 2009

Sejarah SMKTM(1)

SEJARAH AWAL

Bermula pada bulan Januari 1973 sehingga tahun 1978 sekolah ini menumpang di Sek. Men. Dato Mahmud Paduka Raja, Sek. Ren. Keb, Sri Suria (1) dan Sek. Keb. Tanah Merah. Pembelajaran dijalankan pada waktu petang sahaja. Pengetuanya yang pertama ialah Encik Makhzan bin Yusof(1973 hingga 1974)

Dalam bulan Januari 1979, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Ismail Petra, Tanah Merah iaitu kira-kira 3 km dari bandar Tanah Merah. Walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya dan peralatannya masih belum lengkap, tetapi atas inisiatif pengetuanya pada masa itu, Allahyarham Encik Abdullah b. Ibrahim, perpindahan tetap dilakukan.

Sekolah ini dirasmikan pada 27hb. April 1980 oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan kelantan. Pengetua pada waktu itu ialah Encik Aziz bin Said. Mulai tahun 1993, sekolah ini digredkan ke dalam gred A.

Bermula dengan tiga blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel, bangunan sekolah ini terus ditambah dari masa ke semasa mengikut pertambahan murid yang disalurkan ke sekolah ini dari sekolah-sekolah salurannya. Bermula tahun 1992, seluruh kawasan sekolah telah diserikan dengan pembinaan taman-taman dan penanaman pokok-pokok bunga, terutama di sepanjang bangunan-bangunan sekolah yang telah diusahakan oleh seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Kecantikan sekolah telah menambah minat murid untuk berada lebih lama di sekolah dan suasana aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah selesa.